ARTIKEL

RAKAM KENANGAN…Royston (tengah) merakam kenangan bersama yang lain semasa Sesi Walkabout bersama peniaga dan pelancaran BRR 2024, di sini, hari ini.

Bazar Ramadan tanpa tunai perlu diteruskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Bazar Ramadan Rahmah (BRR) yang berkonsepkan jual beli secara dalam talian dan tanpa tunai adalah antara inisiatif yang perlu diteruskan pada masa akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, antara usaha pihak kerajaan untuk menggalakkan pembelian dalam talian adalah dengan membuka kaunter pendaftaran Touch’n Go dan Spay Global.

“Semasa mendaftar, pengguna akan diberikan kredit berjumlah RM20 dan mereka dapat menggunakannya untuk berbelanja di bazar Ramadan.

“Ia bukan sahaja dibuka di Mukah, malah di seluruh Sarawak bagi menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Sesi Walkabout bersama peniaga dan pelancaran BRR 2024 di Bazar Medan Ria Setiaraja, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, jelasnya, jual beli secara dalam talian ini telah dipraktikkan oleh kerajaan negeri kita terutamanya semasa pandemik Covid-19.

Jelasnya, ini menjadikan Sarawak antara negeri yang jauh ke hadapan berbanding negeri lain dalam penggunaan sistem bayaran secara dalam talian.

Sehubungan itu, Royston turut memuji usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Mukah yang bekerjasama dengan peniaga untuk menawarkan harga berpatutan kepada pembeli.

Baca lain  700 bungkus bubur lambuk berjaya diagihkan kepada pengguna jalan raya
TERIMA KASIH…Salihin (lima kiri) menyampaikan cenderamata kepada Royston selepas program tersebut.

“Di sini, kita dapat melihat jualan makanan dengan harga berpatutan, seperti mi goreng dan telur berjumlah RM5.

“Ini adalah satu inisiatif yang baik terutamanya dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar sekali gus membantu rakyat kita.

“Diharapkan ia dapat diteruskan pada bulan-bulan biasa dan bukan pada bulan Ramadan sahaja,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Bazar Ramadan Mukah dan berharap ia dapat memberi manfaat kepada semua rakyat termasuk peniaga.

Tambahnya, kerjasama semua pihak amat penting untuk terus membantu rakyat mendepani keadaan ekonomi pada masa ini.

Royston melawat kaunter pendaftaran SPay Global yang menawarkan kredit sebanyak RM20 kepada pengguna yang mendaftar.

Justeru, untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi KPDN Cawangan Mukah di talian 084-872726/ 871145 atau e-mel ke mukah@kpdn.gov.my.

Hadir sama Ketua KPDN Mukah Salihin Den.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,