Trending

Batu Kitang perlu sekolah dan balai bomba baharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kitang Lo Khere Chiang sekali lagi memohon agar sebuah sekolah menengah dan balai bomba baharu ditubuhkan di Padawan, khususnya di Batu Kitang.

Perkara tersebut antara yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Dun, di sini, hari ini.

Menurutnya, populasi masyarakat Padawan kian meningkat menjadikan ramai kanak-kanak di sana terpaksa bersekolah di luar kawasan Padawan.

“Kita perlu sebuah sekolah menengah untuk menyeleraskannya agar selari dengan peningkatan jumlah murid-murid.

“Saya juga mahu menyarankan agar guru-guru di Sarawak diberi peluang untuk mengajar di semua sekolah di Sarawak selaras dengan usaha mengembalikan autonomi Sarawak dalam bidang pendidikan,” kata Lo.

Berhubung keperluan balai bomba baharu, Lo mengakui jarak balai bomba terdekat bagi Padawan adalah di Kuching dan satu lagi di Bau.

Tambahnya, perkara berbangkit seperti
persidangan lalu itu penting, seperti laluan trafik di sepanjang Padawan sememangnya dikenali laluan sesak.

Dalam pada itu, Lo turut menegaskan Sarawak memerlukan sejumlah besar dana daripada kerajaan Persekutuan untuk menangani isu tersebut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru