ARTIKEL

BBP Lawas anjur program sambut Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAWAS: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas menganjurkan program Marhaban Ya Ramadhan semalam.

Program ini bertujuan meningkatkan ketaqwaan dan ibadah serta mendidik keluarga dan anggota Bomba Lawas tentang kelebihan bulan Ramadhan.

Ceramah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Sheikh Hadzrei Adam bin Saberi dari Pengarah Kampus Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Sarawak.
“Program ini juga dapat mengeratkan ikatan ukhuwah dalam kalangan keluarga Bomba Lawas” menurut kenyataan itu lagi.

Program sempena kedatangan Ramadan itu berjalan dengan lancar dan baik.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU