ARTIKEL

Foto: BBP Lawas

BBP Lawas sambung operasi pemadaman kebakaran berulang di tanah gambut & belukar Kpg Banting

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAWAS: Pasukan keluaran operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas pada Rabu telah membuat rondaan di kawasan ‘hotspot’ di mana kebakaran berulang masih berlaku di Kampung Banting, Jalan Kuala Lawas, di sini.

PKO yang diketuai Komander Operasi, PPgB Azman Ibrahim, melaporkan kepada Bilik Kawalan BBP Lawas tentang kebakaran berulang yang sedang berlaku dan Ketua Balai mengarahkan PKO untuk menjalankan operasi pemadaman.

Foto: BBP Lawas

PKO bertindak memadam kebakaran dengan membentang satu aliran 400 kaki, dua pancutan menggunakan ‘floating pump’ dan sumber air terbuka dari parit berdekatan.

“Anggaran keluasan kebakaran adalah 20 ekar, dan keluasan yang berjaya dipadam adalah enam ekar,” kenyataan BBP Lawas memaklumkan.

Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak pada jam 12.50 tengah hari sebelum operasi pemadaman ditangguhkan ke hari Khamis berikutan hari malam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh