ARTIKEL

Foto fail Bernama

BCorp lapor polis berkaitan isu tidak benar bina kasino AS$100 bilion di Forest City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Berjaya Corp Bhd (BCorp) membuat laporan polis pada 26 April lalu untuk meminta disiasat berita yang melaporkan pengasasnya, Vincent Tan kononnya telah mengadakan perbincangan untuk menubuhkan resort kasino di Forest City bernilai AS$100 bilion (RM477.60 bilion).

BCorp, dalam kenyataan media semalam menjelaskan, Tan tidak terbabit dalam sebarang rundingan dengan mana-mana pihak seperti dilaporkan.

Ini termasuklah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting atau dengan sebarang wakil Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atau Seri Paduka sendiri.

BCorp percaya penerbitan berkenaan bertujuan menyebabkan gangguan politik, menjejaskan kepercayaan orang ramai dan memesongkan persepsi orang ramai terhadap Sultan Ibrahim dan Anwar.

BCorp menyifatkan artikel berkenaan berupa kenyataan palsu dan tidak benar serta disiarkan dengan niat jahat.

Sebelum ini, Bloomberg di New York, AS melaporkan Malaysia sedang berunding dengan beberapa taikun untuk membina kasino di Forest City.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri