ARTIKEL

BDA serah tapak pemilikan tanah SK Orang Kaya Mohamad kepada LAKIB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bercadang untuk menyerah pemilikan tapak tanah Sekolah Kebangsaan(SK) Orang Kaya Mohamad kepada pihak Lembaga Kebajikan Islam Bahagian Bintulu (LAKIB) semasa mesyuarat ahli Lembaga Pengarah BDA kelak.

Pengurus besar BDA Datu Muhammad Yakup Kari berkata pihaknya juga akan menyokong LAKIB dalam usaha menjalankan kajian pendek bagi mengenal pasti kemudahan atau fasiliti bersesuaian untuk dibangunkan di kawasan tapak sekolah tersebut sekiranya cadangan serah hakmilik dipersetujui Lembaga Pengarah agensi berkuasa tempatan itu.

Katanya, ini bagi memastikan tapak tanah dengan keluasan hampir satu ekar itu  dapat diguna pakai kembali oleh masyarakat setempat khususnya anak-anak Vaie.

Pada masa sama, Yakup menyifatkan tapak baharu SK Orang Kaya Mohamad lebih luas berbanding sebelum ini iaitu seluar tiga ekar di samping akses tapak lebih baik.

Projek pembinaan dengan kos RM42.7 juta itu telah bermula 28 Februari lalu dan dijangka siap pada Februari 2023.

Skop pembinaan merangkumi bangunan empat tingkat dan blok memgandungi 30 bilik pentadbiran dan akademik, enam bilik darjah untuk PKI, satu blok bangunan dua tingkat untuk kelas pra sekolah, satu blok kantin, data ran perhimpunan, padang sukan berbumbung, pondok pengawal, rumah sampah dan pam dan sebagainya.

Pada masa ini, pembinaan berada 30 peratus siap.

SK Orang Kaya Mohamad Bintulu dibina pada 1912 pada era pemerintahan Kerajaan Rajah Brooke dan kini masih menumpang bangunan SK Kampung Baru untuk meneruskan sesi persekolahan pelajar.

 

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha