ARTIKEL

BDS Malaysia terima writ saman McDonald’s Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: McDonald’s Malaysia memfailkan saman terhadap boikot dilancarkan kumpulan NGO, Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia.


Pengerusi pertubuhan BDS, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail, dalam kenyataannya berkata, pergerakan BDS tidak secara langsung berkempen menentang syarikat makanan segera itu, sebaliknya hanya menyokong boikot yang dimulakan oleh rakyat Malaysia sendiri.


Difahamkan, BDS mengkaji mengadakan kempen mengumpul dana untuk menanggung kos perundangan berkaitan saman berkenaan.


Jumaat lalu, BDS Malaysia berkata, ia telah disaman oleh McDonald’s Malaysia kerana didakwa memfitnah syarikat itu.


BDS Malaysia, dalam kenyataan di X mengaku mereka writ saman daripada McDonald’s Malaysia.


Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, pemegang lesen McDonald’s di Malaysia menuntut kumpulan pro-Palestin, BDS Malaysia mengeluarkan permohonan maaf atas dakwaan kenyataan berunsur fitnah.
Syarikat itu juga menuntut BDS membayar RM6 juta sebagai ganti rugi khas.

LAIN-LAIN BERITA

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

Kanak-kanak empat tahun maut dihempap pokok

JEMPOL: Keseronokan dua beradik mandi di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir bertukar tragedi apabila kanak-kanak lelaki berumur empat tahun maut dihempap sebatang pokok pada

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian

BERITA TERBARU

Afieq Shazwan kemalangan di Krabi

PELAKON Afieq Shazwan memaklumkan dirinya terlibat dalam kemalangan sewaktu tiba di Krabi, Thailand baru-baru ini menerusi muat naik status di Instagram story miliknya. Bagaimanapun, Afi

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan