ARTIKEL

Beberapa gelandangan mental ditahan di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Anggota polis menahan seorang lelaki kurang siuman di Esplanade Bintulu, pada Selasa lalu.

BINTULU: Polis di sini menahan beberapa gelandangan termasuk individu yang mengalami masalah mental, kerana berkelakuan tidak wajar dan mengganggu orang awam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata tindakan itu diambil susulan aduan yang diterima daripada orang awam.

“Tangkapan terbaharu adalah pada Selasa lalu ke atas seorang gelandangan yang mabuk, mengganggu orang awam dan membuat adegan tidak senonoh di Esplanade Bintulu, yang turut tular di media sosial,” katanya yang dihubungi.

Sebelum ini, beliau berkata pihaknya menahan seorang lelaki kerana membaling batu ke cermin depan sebuah kereta dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada pengguna jalan raya.

Menurut Zulkipli, beberapa gelandangan juga telah dirujuk ke hospital untuk penilaian psikiatri dan tindakan lanjut.

“Dua lelaki dan seorang wanita yang mempunyai masalah mental ditahan dan dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat pasukan buru gelaran juara Piala FA Serian

SERIAN: Saingan peringkat separuh akhir kempen Piala FA Serian berlangsung Ahad ini (28 Julai). Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat empat pasukan handalan dalam mengintai tiket