Beberapa jalan di Kuching akan ditutup esok hari

KUCHING: Beberapa jalan dan lokasi di sekitar Kuching bakal ditutup pada 7 Februari ini (Jumaat) hari ini dari jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi bagi memberi ruang untuk Perlumbaan Berbasikal Petronas Le Tour De Langkawi (LTDL) 2020 berlangsung.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sarawak Supt, Alesxon Naga Chabu, laluan jalan ke 23 buah sekolah di Kuching juga akan ditutup, maka dengan itu ibu bapa dinasihatkan untuk menghantar anak-anak ke sekolah sebelum 7 pagi pada hari kejadian.

Jelas beliau jarak perlumbaan ialah melibatkan sejauh 100 kilometer yang akan bermula dan berakhir di Padang Merdeka Kuching dan perlumbaan akan bermula pada jam 8,30 pagi sehingga jam 11.30 pagi, jalan-jalan yang akan dilalui oleh pelumba dari dalam dan luar negara ini akan mula ditutup seawal jam 7.00 pagi.

“Jumlah petugas yang akan terlibat untuk tugas mengiringi pelumba, menjaga laluan dan simpang-simpang di sepanjang perlumbaan ini adalah seramai 373 orang pegawai dan anggota, yang terdiri daripada 162 orang pegawai dan anggota trafik, 87 anggota tugas am, 87 pegawai dan anggota RELA, 16 anggota DBKU dan 21 anggota MBKS.

“Jumlah keanggotaan ialah tidak termasuk jumlah pegawai dan anggota polis yang akan bertugas menjaga keamanan di hotel-hotel, lapangan terbang, lokasi permulaan serta penamat dan lokasi-lokasi kawalan keselamatan yang lain,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang terlibat di laluan-laluan yang dinyatakan supaya mengetahui berkenaan tarikh, masa dan tempat bagi perlumbaan ini dan seterusnya merancang masa perjalanan mereka semasa hari perlumbaan ini berlangsung.

“Sekiranya mereka mempunyai urusan di kawasan-kawasan tersebut atau di pusat bandaraya kuching pada pagi hari jumaat ini, sila rancangkan perjalanan dan patuhi tanda-tanda isyarat kawalan lalulintas yang diletakkan di tepi kiri dan kanan jalan, serta arahan daripada pegawai dan anggota polis yang bertugas.

“Kerjasama daripada orang ramai yang menggunakan jalan-jalan ini amat diharapkan bagi melancarkan Perlumbaan Acara Berbasikal LTDL Tahun 2020 di Kuching Sarawak ini,” tambahnya lagi.

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan IPK Sarawak iaitu ditalian 082- 274093 atau Pegawai Turus Kawalan Lalulintas JSPT IPK Sarawak iaitu Insp Mohamad Radzi Hatta di talian 017-8040627.

Orang ramai juga boleh menghubungi ibu pejabat polis Daerah Kuching iaitu di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-221129.

Bagi memudahkan orang awam membuat perancangan yang sewajarnya untuk mengelak dari terlibat dalam kesesakan lalulintas, berikut adalah memaklumkan berkenaan jalan-jalan yang akan dilalui, jalan-jalan yang akan ditutup atau yang dibuat lencongan serta senarai sekolah-sekolah, kampung-kampung, masjid-masjid dan premis- premis utama yang akan dilalui oleh perlumbaan ini

Senarai nama jalan dan lokasi yang akan dilalui, ditutup adalah seperti berikut :

1. Jalan Tun Hj. Openg
2. Jalan Barrack
3. Jalan Khoo Hun Yeang
4. Jalan Market
5. Jalan Gambier
6. Jalan Main Baazar
7. Jalan Tunku Abdul Rahman
8. Jalan Abell
9. Bulatan Sri Aman
10. Jalan Central Timur
11. Lampu Isyarat Central Timur
12. Jalan Tan Sri Ong Kee Hui
13. Lampu Isyarat Crookshank / Taman Budaya
14. Civic Center
15. Lampu Isyarat Badruddin
16. Lampu Isyarat Rtm
17. Flyover Satok
18. Jambatan Satok
19. Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub
20. Bulatan Abg Hj. Kipali (Terus sehingga ke jalan Demak [Bako)
21. Bulatan Samariang
22. Jalan Tun Abd. Rahman Yaakub
23. Bulatan Sesco
24. Jalan Bako
25. Bulatan Medan Hamidah
26. Lampu Isyarat Jalan Keruing / Bako
27. Jalan Demak
28. Bulatan Bako (Demak Industrial)
29. Lampu Isyarat Pelabuhan Senari
30. Jalan Kg Bako (U Turn Kawasan Kg) (Patah balik semula ke
Pusat Bandar)
31. Lampu Isyarat Pelabuhan Senari
32. Bulatan Bako (Demak Industrial)
33. Lampu Isyarat Jalan Keruing / Bako
34. Lampu Isyarat Jalan Keruing / Bcck
35. Lampu Isyarat Jalan Keruing / Bintawa
36. Bulatan Bintawa 1
37. Bulatan Bintawa (lalu di hadapan Bp Bintawa)
38. Lampu Isyarat Merican Salleh
39. Lampu Isyarat Klinik Tanah Putih
40. Bulatan I Icom Square
41. Susur Lampu Isyarat Sekama / Pending
42. Jalan Sekama (terus sehingga ke Jalan Batu Lintang)
43. Lampu Isyarat Mendu
44. Jalan Batu Lintang
45. Lampu Isyarat hadapan Wisma Seberkas
46. Jalan Tun Abang Haji Openg
47. Lampu Isyarat Badruddin
48. Lampu Isyarat RTM
49. Lampu Isyarat Jln Haji Taha / Bawah Flyover Satok
50. Jalan Masjid (Hadapan Jalan Masjid Bahagian Kuching)
51. Bulatan Padang Pasir / P.Ramlee
52. Jalan Market
53. Jalan Gambier
54. Jalan Main Baazar
55. Jalan Tunku Abdul Rahman
56. Susur Jalan Abell / Padungan
57. Lampu Isyarat Padungan / Everise
58. Jalan Tunku Abdul Rahman
59. Jalan Lebuh Wayang
60. Jalan Main Baazar
61. Jalan Tun Abg Hj Openg (Hadapan OUB Bank di Water Front
Kuching)
62. Lampu Isyarat RTM

(*) Laluan Bil. 49 Sehingga 62 Terlibat Dengan Acara Loop X 6 Pusingan

Senarai nama jalan yang akan ditutup dan dibuat lencongan pula adalah seperti berikut : (10 lokasi)

1. Lampu Isyarat RTM / Jalan Satok
2. Lencongan Jalan Kulas Ke Jalan Muhibbah (Hadapan BSN Satok)
/ Alternatif Ke Jalan Green
3. Lampu Isyarat Jalan Badruddin Ke Lampu Isyarat Rtm
4. Bulatan Padang Pasir (Berdekatan Masjid bahagian Kuching)
5. Lampu Isyarat Jalan Hj Taha (bawah Fly Over Satok)
6. Bulatan Sri Aman Ke Jalan Padungan
7. Lampu Isyarat Jalan Abell Ke Jalan Padungan (hadapan Hotel
Longhouse)
8. Lampu Isyarat Jalan Song Thian Cheok Ke Jalan Padungan
9. Bulatan Ban Hock Ke Lampu Isyarat St Mary
10. Lampu Isyarat Jalan St Mary / Jalan Reservoir / Mcdougall (Fata Hotel)

Senarai sekolah-sekolah yang berada di laluan perlumbaan ini (23 buah sekolah iaitu 13 Sekolah Menengah dan Kolej dan 10 buah Sekolah Rendah)
1. Sekolah Menengah Kebangsaan St Mary, Jalan Mcdougal Kuching, Sarawak
2. Sekolah Menegah Kebangsaan St Joseph, Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching
3. St Joseph Private School, Jalan Nagor, Off Jalan Satok, Kuching, Sarawak
4. Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Lorong 1, Siol Kandis, Petra Jaya, Kuching, Sarawak
5. Sekolah Kebangsaan Astana, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, Kg Siol Kandis, Kuching, Sarawak
6. Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru, Jalan Diplomatik, Petrajaya, Kuching, Sarawak
7. Kolej Komuniti Santubong, Demak Laut Commercial Centre, Jalan Bako, Kuching, Sarawak
8. Sekolah Kebangsaan Pajar Sejingkat, Jalan Diplomatik & Jalan Bako, Sejingkat, Kuching, Sarawak.
9. Sekolah Kebangsaan Goebilt Kuching, Jalan Kampung Goebilt, Kampung Goebilt, Kuching, Sarawak
10.Sekolah Menengah Kebangsaan Bako, Jalan Bako, Kuching, Sarawak
11. Chung Hua Middle School No 1, Jalan Pending, Poh Hua Park, Kuching, Sarawak
12. Kolej Vokasional Kuching, Jalan College, Batu Lintang, Kuching, Sarawak
13.Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Jalan Kolej, Batu Lintang, Kuching, Sarawak
14. Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang, Jalan Kolej, Batu Lintang, Kuching, Sarawak
15.Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sarawak, Jalan Kolej, Taman Liong Seng, Kuching, Sarawak
16.St Joseph Secondary School, Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak
17.Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High, Jalan Mathie, Kuching, Sarawak
18. St Teresa’s National Secondary School, Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak
19. Saint Joseph Kindergarten, Kuching, Sarawak
20.St. Thomas Secondary School, Jalan Mcdougal, Kuching,
Sarawak.
21. St Thomas Primary School, Jalan Reservoir, Kuching, Sarawak
22. Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Kuching 1, Jalan Tabuan,
Kuching
23. Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Middle School No. 4, Jalan Haji Taha

Senarai kampung yang akan dilalui oleh perlumbaan ini (14 buah kampung)
1. Tmn Rahmat, Jalan Tun Abd Rahman Yaakob
2. Tmn Monah, Jalan Tun Abd Rahman Yaakob
3. Tmn Farhanas, Jalan Semariang
4. Tmn Siol Raya Kpg. Demak Baru, Jalan Demak/Bako
5. Kpg Senari, Jalan Bako
6. Kpg Sg. Jenang, Jalan Bako
7. Kpg Hijrah, Jalan Bako
8. Kpg Sejingkat, Jalan Bako
9. Kpg Bako, Jalan Bako
10. Kpg Sg. Bako Jaya, Jalan Bako
11. Kpg Sg. Buda, Jalan Bako
12. Kampung Bintangor, Jalan Bintangor
13. Kampung Bintawa
14. Kpg Sg. Bako, Jalan Bako

Senarai masjid yang berada di laluan perlumbaan ini (2 Buah Masjid)
1. Masjid India Tebingan Kuching
2. Masjid Bahagian Kuching
Senarai premis-premis utama yang berada di laluan perlumbaan ini (10 lokasi)
1. Plaza Merdeka
2. Sarawak Plaza
3. Pusat Membeli Belah Tun Jugah
4. Parkson, Riverside Majestic
5. Cozy Square
6. Wisma Seberkas
7. Wisma Satok
8. Waterfront Kuching
9. India Streets
10. CS Supermarket, Padungan

Suara Sarawak