ARTIKEL

Beberapa jalan di Kuching ditutup petang ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa jalan akan ditutup secara berperingkat bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dalam sepanjang perarakan Kuil Tua Pek Kong bermula jam 4 petang hingga 12 malam ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata jalan-jalan terbabit ialah Jalan Main Bazaar menghala ke Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Tun Abang Haji Openg menghala ke Padang Merdeka dan Jalan Tabuan menghala ke Jalan Ban Hock.

Selain itu Jalan Tabuan menghala ke Jalan Wayang, Jalan Padungan menghala ke Jalan Bukit Mata dan Jalan Temple menghala ke Jalan Main Bazaar.

“Orang awam dinasihat supaya menggunakan laluan alternatif, dengan kenderaan yang melalui Jalan Tabuan dari arah Jalan Simpang Tiga dikehendaki bergerak ke Jalan Central Timur atau melalui Jalan Mcdougall untuk mengelakkan kesesakan di lokasi penutupan Jalan Wayang.

“Bagi kenderaan dari arah Jalan Haji Taha dinasihatkan membuat pusingan U di bulatan Masjid Bahagian untuk mengelak kesesakan di lokasi penutupan Jalan Gambir,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Merbin mengingatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan.

Katanya sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

BERITA LAIN

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau