ARTIKEL

LOKASI PENUTUPAN… Antara lokasi penutupan jalan di sekitar bandar raya Kuching sempena perarakan Hari Wesak 2024.

Beberapa jalan di Kuching ditutup sempena perarakan Hari Wesak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tujuh jalan di sekitar bandar raya Kuching ditutup sempena perarakan Hari Wesak 2024 pada 11 Mei ini bermula 5 petang sehingga selesai.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, jalan tersebut ditutup secara berperingkat dan dilencongkan bagi melancarkan pegerakan lalu lintas sepanjang program berlangsung.

“Antara jalan itu ialah persimpangan lampu isyarat Jalan Padungan / Jalan Datuk Abang Abdul Rahim; Jalan Gambier / Jalan Main Bazaar; Jalan Tun Abang Haji Openg / Jalan Wawasan; persimpangan Lampu Isyarat Jalan Tabuan / Jalan Mc Dougall; Jalan Song Thien Cheok / Jalan Ban Hock; Jalan Padungan / Bulatan Sri Aman dan persimpangan lampu isyarat Jalan Abell Abell,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ashmon, sebanyak 52 kontinjen melibatkan seramai 5,000 peserta mengambil bahagian dalam perarakan tersebut yang dijadualkan bermula 6 petang bertempat di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, orang awam dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif bagi kenderaan yang melalui Jalan Datuk Abang Abdul Rahim menghala ke Jalan Padungan.

“Kenderaan yang melalui Jalan Central Timur menghala ke Bulatan Sri Aman dinasihatkan membuat pusingan U atau menggunakan Jalan Tabuan.

“Sementara bagi yang melalui Jalan Bukit Mata menghala ke arah Jalan Song Thien Cheok dinasihatkan agar membelok ke kiri dan menghala ke arah Jalan Padungan / Jalan Tunku Abdul Rahman,” ujarnya.

Pada masa yang sama kata Ashmon, kenderaan melalui Jalan Gambier menghala ke Jalan Main Bazaar
dinasihatkan menggunakan Jalan Tun Abang Haji Openg.

Untuk pengguna jalan yang melalui Jalan Tun Abang Haji Openg menghala ke Jalan Wawasan dinasihatkan bergerak terus ke arah lampu isyarat RTM, katanya.

“Pengguna yang menggunakan Jalan Abell menghala ke arah Jalan Chan Chin Ann dinasihatkan menggunakan Jalan Padungan Utara,” katanya.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)