KUCHING: Beberapa jalan di sini akan ditutup atau dilencongkan bermula 10 malam, 19 September hingga 10 pagi, 21 September ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, penutupan atau lencongan jalan itu adalah sempena program Kuching Marathon 2025, yang melibatkan peserta tempatan dan luar negara.
Sehubungan itu, beliau berkata bagi melancarkan perjalanan program dan pergerakan aliran trafik, pihaknya akan membuat penutupan atau lencongan di Jalan Tun Abang Hj Openg bermula 10 malam, 19 September hingga 10 pagi, 21 September untuk persiapan tempat program.
Selain itu, katanya lampu isyarat Jalan Taho/ Jalan Wawasan (laluan ke Padang Merdeka) pada 21 September dari jam 1 pagi hingga 10 pagi untuk laluan perlumbaan.
Alexson menambah, laluan yang akan turut ditutup melibatkan Jalan Wawasan/ Lebuh Wang (laluan ke Padang Merdeka), Jalan Mcdougall (selepas pusingan U), susur Jalan Hj Taha, lampu isyarat Jalan Ajibah Abol, simpang Jalan Muhibbah/ Jalan Kulas, simpang Jalan Tun Abdul Rahman Yaakob/ Padang Merdeka, lampu isyarat Jalan Kampung Lintang/ Jalan Astana.
Katanya ia turut melibatkan bulatan mahkamah, bulatan Sesco, bulatan Samariang, lampu isyarat Jalan Sultan Tengah (bomba), lampu isyarat Jalan Sultan Tengah (Sego), bulatan Yayasan, bulatan Kesuma Resort, bulatan stadium dan bulatan Gersik.
Ia termasuk lampu isyarat Merican Salleh/ Kwong Lee Bank, lampu isyarat Klinik Tanah Putih, lampu isyarat Jalan Sekama/ Pending, bulatan Sri Aman serta persimpangan Jalan Gamelan/ Jalan Tun Abd Rahman Yaakob.
“PDRM memohon kerjasama orang ramai yang datang agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan dan dinasihatkan supaya merancang perjalanan serta memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan.
Alexson berkata sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.




