Beberapa kawasan di Sarawak diramalkan hujan, ribut petir

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) menjangkakan beberapa kawasan di seluruh negeri bakal berhadapan dengan hujan dan ribut petir bermula hari ini.

Negeri yang dijangka mengalami hujan di sebelah pagi adalah Sabah iaitu di Bahagian Sandakan dan Pantai Barat manakala Sarawak pula ialah Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan, Serian dan Kuching.

Manakala, negeri yang dijangka mengalami hujan dan ribut petir di sebelah petang pula adalah Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan beberapa kawasan di negeri Sabah dan Sarawak.

Kawasan Sarawak yang terjejas dengan ribut petir adalah Bahagian Limbang, Miri, Kapit, Sri Aman, Serian, Samarahan dan Kuching manakala di Sabah pula adalah semua bahagian termasuk WP Labuan.

Di sebelah malam, kawasan yang dijangka menghadapi hujan adalah Selangor, Pahang dan semua kawasan di Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan manakala di Sarawak iaitu Bahagian Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei dan Betong.

Ramalan cuaca dikeluarkan oleh Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD).

Orang ramai dikehendaki untuk berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang tempoh tersebut.

Suara Sarawak