Beberapa kawasan Sibu termasuk pusat bandar dikunci

SIBU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Zon Sibu yang melibatkan Zon 1 hingga Zon 7 di sini.

Pengerusinya Wong Hie Sieng dalam satu kenyataannya sebentar tadi berkata, ia meliputi kawasan Sukun/Lada, Mantis, Poh Yew, Bukit Lima, Tong Sang, Bandar Sibu dan Tiong Hua.

“Dimaklumkan JPBBS bersetuju untuk melaksanakan PKP khusus yang melibatkan penduduk yang tinggal di Zon 1 hingga Zon 7 bermula berkuat kuasa pada 16 hingga 26 April 2021 ini.

Jelasnya SOP dilaksanakan bagi semua perkhidmatan perlu (essential services) hanya dibenarkan untuk beroperasi pada kadar 50 peratus kapasiti pekerja sahaja setelah mendapat kebenaran dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Waktu operasi dibenarkan dari jam 6 pagi hingga jam 8 malam sahaja.

“Manakala operasi bagi sektor lain adalah tidak dibenarkan,” ujarnya.

Wong memberitahu, bagi restoran dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi secara membawa
pulang (take away) dan penghantaran (delivery).

Jelasnya, yang juga Pemangku Residen Bahagian Sibu, makan di dalam premis tidak dibenarkan.

Bagi pengoperasian rumah urut, SPA dan refleksologi, kelab malam atau pub dan pusat
karaoke tidak dibenarkan.

Suara Sarawak