SARIKEI: Beberapa laluan di Jalan Repok berhampiran persimpangan Pinang Laka di sini, ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf dijalankan.
Laluan terbabit ialah Jalan Pinang Laka, Jalan Kelapa dan Jalan Rumbia (Laluan Satu :Jalan
Nyelong by Pass), Jalan Rejang, Jalan Ubah, Jalan Su Mee Jalan Tai Seng (Laluan Dua: Jalan Permai).
Majlis Daerah Sarikei dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, kesemua laluan berkenaan akan ditutup selama tiga hari bermula 21 hingga 23 September.
“Penutupan jalan tersebut bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf dijalankan ke atas jalan raya termasuk pembentungan,” katanya.
Dalam pada itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berwaspada dengan penutupan ini dan menggunakan laluan alternatif lain.
“Jika cuaca tidak membenarkan kerja dijalankan, penutupan yang dirancang adalah
ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.
“MDS kesal atas kesulitan yang berlaku, dan akan berusaha sedaya upaya untuk memulihkan keadaan dengan segera. Sehubungan itu, orang ramai yang ingin maklumat lanjut, boleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 084-657000,” katanya.