ARTIKEL

Datuk Seri Fadillah Yusof bersama isteri, Datin Seri Ruziah Mohd Tahir menyantuni warga emas sempena majlis sumbangan Tahun Baharu Cina di Dewan SUPP, Sungai Sungai Matang Tengah, di sini hari ini

Beberapa projek tebatan banjir Sarawak dalam proses tender

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Projek tebatan banjir di Sarawak kini dalam proses tender, kata Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Datuk Seri Fadillah Yusof.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau telah diberi taklimat berhubung beberapa projek yang telah dikenal pasti dan kini dalam proses tender.

“Proses tender ini sedang berjalan, khususnya di kawasan Kuching.

“Di kawasan Sibu, projek ini sudah siap dan beberapa lagi projek-projek baharu dijalankan.

“Jadi ini dibuat secara berfasa, bergantung kepada jumlah dana yang diterima,” katanya kepada media selepas menyempurnakan majlis sumbangan Tahun Baharu Cina di Dewan SUPP, Sungai Sungai Matang Tengah, di sini hari ini.

Menjelas lanjut, kata Fadillah, fokus utama di Kuching adalah untuk membina terusan yang akan mengalirkan air dari Sungai Sarawak ke kawasan Salak.

“Jadi diharapkan apabila berlaku banjir terutamanya air pasang dari laut dan hujan lebat di hulu, ia tidak tertumpu di Sungai Sarawak tetapi dialihkan ke Sungai Salak.

“Ini merupakan sebahagian fasa-fasa yang sedang dibuat perancangan dahulu.

Baca lain  Fokus penanaman semula hutan

“Kita akan laksanakan dan laksanakan tender pada tahun ini,” jelasnya.

Sementara, mengenai pelan mitigasi banjir di Sibu, Fadillah berkata stesen pam untuk mengurangkan banjir telah dilaksanakan.

Katanya, ketika ini kurang berlaku banjir besar di Sibu kerana stesen pam berfungsi dengan baik.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU