ARTIKEL

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto: BERNAMA

Beberapa strategi dilaksanakan bagi jayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beberapa strategi akan dan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri MOTAC, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata ini termasuk mengadakan libat urus dan kerjasama dengan pelbagai kementerian berkepentingan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam industri pelancongan dan kebudayaan.

“Kita juga terus memperkukuhkan kerjasama strategik dengan kementerian, Kerajaan Negeri dan para penggiat industri melalui enam kluster utama, iaitu kluster pengangkutan darat, kluster pengangkutan udara, kluster persatuan pelancongan, kluster pelancongan minat khas, kluster penginapan dan kluster budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) yang ingin tahu tentang strategi dan persiapan kementerian untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 serta bentuk halangan dan masalah yang dihadapi.

Khairul Firdaus berkata melalui strategi dan usaha yang dilaksanakan oleh MOTAC, Malaysia merekodkan ketibaan seramai 7.56 juta pelancong asing dari Januari hingga April tahun ini berbanding 5.93 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas.

“Ini jelas strategi yang kita laksanakan dan sedikit sebanyak memberi satu kesan yang cukup baik,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

BERITA TERBARU

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Sekolah institusi penting bina masa depan negara

SIBU: Dana Program Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan membolehkan kemudahan sekolah sekitar kawasan Parlimen Sibu dinaik taraf. Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara