ARTIKEL

Foto Instagram: amirjaharimuzik

Bedah lagu Hasrat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LAGU hasrat nyanyian Amir Jahari diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38.

Lagu runut bunyi filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha itu dikatakan hanya mengambil masa 10 minit untuk ditulis dan siap sepenuhnya dalam tiga hari.

Dengan tema muzikaverse, Amir menambah, mesej berkaitan situasi di Palestin diketengahkan dalam persembahannya pada malam fi nal (Ahad) di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dengan sinopsis fi lem Imaginur, lagu yang ditambah elemen emosi sebenar Amir menewaskan 11 fi nalis lain dengan lagu popular Sutera dendangan Aisha Retno bergelar naib juara.

Malah, Amir turut menafi kan pemenang vokal terbaik AJL untuk tiga tahun berturut-turut, Aina Abdul dengan lagu Jangan Mati Rasa itu untuk berpuas hati di tempat ketiga.

Tinjauan di media sosial juga mendapati Hasrat bukan pilihan utama berbanding Aina, Aisha dan Ernie Zakri.

Namun, beberapa selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa menjangkakan kemenangan Amir.

Saya juga berkesempatan menemu bual secara langsung Amir untuk mendengar sendiri cerita di sebalik pembikinan lagu Hasrat.

Baca lain  Khidmat kesihatan berlandasan syariah

Pada awalnya, Nik Amir Mustapha memintanya membuatkan runut bunyi filem Imaginur.

Dalam proses penulisan, perasaan Amir bercampur baur disebabkan menerima perkhabaran bapanya menghidap kanser tahap empat.

Malah, hasratnya untuk pulang juga tersekat apabila berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.

Anak kelahiran Kuching, Sarawak itu terus berkarya di Semenanjung Malaysia dengan perasaan marah bercampur sedih.

TITIK TERENDAH

Pada 2017, Amir “melepaskan” pengurusnya disebabkan keadaan mental.

Dia kemudian tidak menerima apa-apa tawaran pertunjukan dalam tempoh dua tahun.

Disebabkan tekanan hutang dan komitmen keluarga, dia terpaksa menjual instrumen dirinya seperti gitar sematamata untuk makan.

Sehinggalah pada 2019, Amir mendapat tawaran mengajar di sebuah sekolah dan membuat kelas secara dalam talian pada sebelah malam.

Pun begitu, keadaan kesihatan mentalnya semakin teruk.

Tekanan perkhabaran bapanya menghidap kanser, ditambah bebanan hutang seperti sewa rumah, elektrik dan air yang tidak berbayar bertahun-tahun.

Ironinya, insan yang membantunya ketika titik terendah itu ialah bapanya dengan menghulur wang untuk membayar keperluan.

Baca lain  Jualan Rahmah bantu kurangkan kos sara hidup

MALAM PERSEMBAHAN

Pada persembahan akhir (Ahad), Amir menyelitkan solidariti terhadap rakyat Palestin sebagai simbolik persembahannya.

Pada bahagain latar juga menggunakan LED yang memaparkan nama mereka yang syahid di Palestin.

Katanya, konsep solidariti Palestin sangat sesuai memandangkan mereka telah “teriak” tetapi tidak didengari dunia.

Walaupun sebahagian besar markah ditentukan awal oleh pihak juri sebelum malam akhir, Amir tidak berharap dan hanya fokus menyampaikan mesej dalam persembahan.

Pada 8 Mac, Amir mengeluarkan lagu baharu kesinambungan lagu Hasrat iaitu Ingin Pulang.

Justeru, Amir mengucapkan terima kasih kepada peminat di Sarawak ke atas kepercayaan dan sokongan terhadap dirinya.

“Alhamdulillah kemenangan ini bukan untuk saya seorang. Kemenangan ini adalah untuk kita semua.

“Hasrat ialah suara kita semua jadi terus ikuti perkembangan saya untuk lagu dan album baharu,” katanya.

BERITA LAIN

Budaya bermaafan, elak sengketa

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, ia peluang terbaik untuk meminta maaf atas segala kesalahan dalam sedar ataupun tidak. Walaupun ungkapan tersebut ringkas, tetapi ia mempunyai

Adab bertamu

UMAT Islam di Malaysia dijangka merayakan sambutan Aidilfitri pada Rabu ini, 1 Syawal 1445 Hijrah bersamaan 10 April 2024. Bermakna tamatlah perjuangan Ramadan yang penuh

Wanita perlu bijak kawal emosi

TIDAK dinafi kan, wanita memikul tanggungjawab besar sebagai isteri, ibu, penjaga keluarga, pengurus rumah tangga dan warga kerja negara. Di Malaysia, tenaga kerja wanita berdaftar

Bahang Aidilfitri semakin terasa

UMAT Islam menghitung hari untuk menyambut hari besar itu. Kini rancak di mana-mana, ramai yang sibuk membeli persiapan raya yang dijangka jatuh pada 10 April

KE MANA SELEPAS SPM?

SELEPAS tingkatan lima, umumnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai melihat opsyen di pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT), khasnya universiti untuk menyambung pelajaran. Pelbagai pihak,

Sepakat soal pendidikan

LEBIH banyak persepakatan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri perlu dicapai untuk manfaat rakyat. Khamis lalu menyaksikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa kepada Pengarah

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,