Trending

Beduk sahur terakhir?

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI: Aktiviti beduk sahur yang menjadi ‘penggera’ penduduk Kampung Seberang di sini untuk bangun bersahur sudah melabuhkan tirainya.

Pengerusinya, Azman Ogeng berkata,  program bermula Sabtu pertama Ramadan lalu sebelum diteruskan pada minggu yang berikutannya sehingga semalam.

“Biarpun berdepan dengan pelbagai halangan, kita berjaya menganjurkan program ini hingga minggu terakhir. Secara keseluruhan penganjurannya melibatkan 50 hingga 60 penduduk yang rata-ratanya golongan belia.

“Alhamdulillah perlaksanaannya berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan padu semua pihak,” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Beliau berkata, selain menyerikan sambutan  Ramadan, program dilihat mampu mengeratkan lagi hubungan dan semangat kerjasama dalam kalangan penduduk.

Selain itu katanya, aktiviti tersebut juga merupakan sebahagian inisiatif penganjur untuk menghidupkan kembali tradisi berkenaan.

“Kami berkumpul seawal jam tiga pagi sebelum berarak sekeliling kampung dengan memukul tong dan meniup alat bunyian.  Rata-ratanya mereka berusia antara 14 hingga 45 tahun.

Mengulas lebih lanjut, Azman berkata, selepas membangunkan penduduk untuk bersahur, mereka kembali masjid untuk mendengar takzirah dan bersolat subuh berjemaah.

“Program pertama ini adalah percubaan kami untuk tahun ini sahaja. Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan bagi membantu kelancaran program ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya, ”  jelasnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru