Beg kokain selamatkan pengedar dadah lemas

BARU-BARU ini pihak berkuasa Colombia menyelamatkan tiga lelaki yang ditemui terapung di tengah-tengah Lautan Pasifik kira-kira 30 batu dari Selat Tumaco.

Ketika ditemui mereka dikelilingi beg yang dipenuhi kokain.

Kapal yang dinaiki mereka dikatakan tenggelam akibat gelombang kuat menyebabkan mereka terpaksa bertahan pada kargo mereka.

Video yang diambil menunjukkan ketigatiga pengedar dadah ini dalam keadaan kepenatan dan bertahan pada beg masing-masing setelah terapung di dalam air selama tiga jam.

Pasukan penyelamat menyelamatkan mereka dan mereka didakwa atas tuduhan mengedar dan menghasilkan dadah selepas beg tersebut didapati mengandungi 1,265 kilogram kokain hidroklorida.