Trending

Behind Your Touch doktor haiwan dengan kuasa misteri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

DRAMA terbaru daripada pelakon wanita popular Han Ji Min ialah sebuah drama misteri bertajuk Behind Your Touch.

Dalam drama ini, Han Ji Min bergandingan bersama-sama Lee Min Ki.

Drama ini mengisahkan Bong Ye-Bun (Han Ji-Min) bekerja sebagai doktor haiwan di kampung Mujin yang aman dan bebas jenayah. 

Dia juga mempunyai kuasa psikometri – apabila dia menyentuh bahagian belakang seseorang atau haiwan, dia dapat melihat masa lalu mereka.

Semasa dia mencuba kebolehan kuasanya, dia terlibat dengan Detektif Moon Jang-Yeol (Lee Min-Ki).

Moon Jang-Yeol ialah detektif dalam pasukan penyiasat jenayah kekerasan di Seoul, tetapi dia diturunkan pangkat ke balai polis kecil di Mujin. 

Dia bergelut kembali ke jabatan polis di Seoul. Untuk mendapatkan pemindahannya, dia menggunakan kuasa psikometri khas Bong Ye-Bun. 

Mereka bekerjasama dalam kes kecil di Mujin, tetapi kes pembunuhan bersiri tiba-tiba berlaku.

Sementara itu, Kim SeonWoo (Suho), tiba-tiba muncul di Mujin, bekerja sambilan di kedai serbaneka di kampung itu.

Drama ini ditayangkan di saluran JTBC bermula 12 Ogos lalu dan dijangka tamat pada 1 Oktober ini dengan keseluruhan 16 episod.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru