Trending

Bekalan air terawat di Siburan dinaik taraf

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SERIAN: Projek bekalan air terawat membabitkan pembinaan saluran paip, pembinaan stesen pam penggalak baharu serta kerja baik pulih di Daerah Siburan dan sekitarnya adalah penting ekoran daerah ini membangun dengan begitu pesat.

Penyandang DUN Mambong Datuk Dr Jerip Susil berkata ia kerana Siburan yang dinaik taraf sebagai daerah penuh bakal menyaksikan pelbagai pembangunan meliputi kawasan perumahan, kompleks komersial dan banyak lagi.

Katanya, permintaan bekalan air telah meningkat tiga kali ganda ekoran pertambahan populasi dan kawasan perumahan serta pembinaan kawasan komersial baharu.

“Bekalan air di sini menjadi isu yang kritikal dan kita amat bersyukur dengan Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang meluluskan projek melalui Kementerian Utiliti sejumlah RM17 juta.

“Dengan ini ia dapat menyelesaikan masalah tekanan air di sini dan dalam masa yang sama menyelesaikan saluran air lama yang akan pecah setiap kali tekanan air tinggi,” katanya ketika mengadakan lawatan ke stesen pam penggalak Siburan di sini hari ini.

Justeru katanya, bekalan air terawat di sini adalah mencukupi ketika ini sehingga tahun 2030 dan dari semasa ke semasa ia akan dinaik taraf sekiranya terdapat permintaan bekalan air.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru