KUCHING: KPDNHEP Sarawak melaporkan 379 kes dengan nilai rampasan RM648,155.90 dan jumlah kompaun sebanyak RM35,150 dalam pemeriksaan premis bermula 1 Januari hingga 14 April lalu. Katanya, sebanyak 17,394 premis perniagaan ladang, pengilang, pengimport, pengeluar, pemborong dan peruncit meliputi kawasan bandar dan luar bandar diperiksa.
“Sebanyak 106 Notis Pengesahan Maklumat Barangan/Perkhidmatan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti pencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan pada pelaksanaan pemeriksaan Ops Pasar 2021 setakat 14 April lalu melalui pemantauan kenaikan harga barangan keperluan yang dijual di pasar awam dan pasar raya.
“Selain itu, sebanyak 33 notis dikeluarkan kepada peniaga ayam, 46 notis bagi peniaga sayuran, manakala 27 notis untuk peniaga daging bagi mendapatkan maklumat harga barangan dan kos langsung secara harian untuk tempoh yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
KPDNHEP menambah, pada Rabu lalu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNHEP Sarawak Mogan Arumugam mengetuai lawatan ke Medan Niaga Satok dan beberapa pasar raya di sekitar Petra Jaya iaitu Pasar Raya Mydin, Emart Matang dan Everrise Matang bagi meninjau bekalan dan harga ayam di pasaran.
“Hasil pemeriksaan mendapati bekalan ayam adalah stabil, mencukupi dan mudah diperoleh dengan harga sekitar RM7.89 sehingga RM8.80 sekilogram iaitu pada aras normal serta tidak menunjukkan sebarang kenaikan luar biasa.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Apr 2021