ARTIKEL

Bekalan beras sebagai makanan ruji negara mencukupi – KPKM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberikan jaminan bahawa bekalan beras sebagai makanan ruji negara di pasaran adalah mencukupi bagi keperluan rakyat Malaysia.

“Pada masa ini, pengedaran stok beras putih tempatan (BPT) sedang giat dijalankan dan penurunan harga beras putih import (BPI) di antara RM2.00 hingga RM3.00 turut dilaksanakan bagi menampung keperluan para pengguna seperti yang dimuktamadkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bulan lalu,” satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KPKM hari ini memaklumkan.

Hingga kini, stok fizikal beras negara adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik, termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.

Bagi maksud keterjaminan bekalan beras negara, jumlah tersebut adalah stabil serta mampu menampung keperluan bagi tempoh 5.48 bulan.

“Tambahan pula, jumlah stok fizikal beras negara berbanding jumlah penduduk adalah antara yang tertinggi dan terjamin di rantau ini.

“Kerajaan turut melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjamin peningkatan pengeluaran beras tempatan, khususnya melalui 12 Inisiatif Gelombang Padi.

“Antara yang dirangka adalah peluasan program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan, program penanaman padi lima musim selama dua tahun, dan inisiatif memperkukuh
infrastruktur pengairan sawah,” ujar kenyataan itu lagi.

KPKM juga menggalakkan penanaman dan pengambilan hasil tanaman-tanaman lain yang bernutrisi dan sihat oleh rakyat selain daripada makanan ruji negara.

Perkara ini adalah antara penekanan utama KPKM dalam melaksanakan agenda keterjaminan makanan negara selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2021-2030.

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

Langkah lebih adil, tepati keperluan

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan

BERITA TERBARU