ARTIKEL

Al Redzamani mempengerusikan mesyuarat bersama-sama pengurus Wilayah Shell, Maurice Chiam dan pengusaha stesen Shell pada Rabu.

Bekalan diesel Shell tidak terganggu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Shell beri jaminan akan ada bekalan diesel tanpa gangguan ke stesen minyak di sini dan tiada stok jangka panjang.

Jaminan itu diberikan selepas mesyuarat luar jangka antara pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Bintulu, pengurus Wilayah Shell, Maurice Chiam dan pengusaha stesen Shell pada Rabu.

Matthew dan Al Redzamani diberi taklimat mengenai operasi oleh wakil stesen minyak Shell.

Ketua KPDN Bintulu Al Redzamani Abdul Razak dalam satu kenyataan berkata mesyuarat itu bagi membincangkan aduan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang juga Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengenai masalah kekurangan dan gangguan bekalan diesel di sini, selain aduan yang tular di platform media sosial.

“Pejabat KPDN Bintulu mengalu-alukan aduan seperti ini dan berterima kasih kepada Ahli Parlimen Bintulu kerana prihatin dan memandang serius isu ini,” katanya.

Matthew dan Al Redzamani diberi taklimat mengenai operasi oleh wakil stesen minyak Shell.

Katanya, pejabat KPDN Bintulu turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan netizen kerana menjadi mata dan telinga kementerian.

Selain itu, beliau berkata kekurangan penghantaran diesel dari depoh Shell pada Ahad akan menjejaskan bekalan di stesen minyak Shell pada Isnin.

Al Redzamani berkata, KPDN Bintulu telah meminta Shell untuk mengambil perhatian terhadap isu ini dan mengambil tindakan sewajarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PCS diterima sebagai parti komponen GRS

KOTA KINABALU, Sabah: Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini diterima sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.