ARTIKEL

Bekalan gas bersubsidi di Sarawak mencukupi 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Bekalan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di Sarawak menjangkau kira-kira lebih 700,000 sebulan, sekali gus akan memastikan bekalan gas bersubsidi itu mencukupi bagi menampung seluruh pengguna domestik di negeri ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, keduadua pusat pengisian LPG bersubsidi masing-masing terletak di Kuching (IOT Senari) dan Bintulu (Terminal LPG Bintulu) setakat ini bukan sahaja mampu menampung keperluan pengguna, malah turut mempunyai tong gas lebihan sebagai persediaan.

“Sehingga kini, IOT Senari menghasilkan 16,000 silinder sehari dan boleh ditingkatkan kepada 22,000 sehari.

Maknanya dalam sebulan, mereka dapat menghasilkan 480,000 biji tong.

“IOT Senari adalah yang terbesar dan satu lagi di Bintulu dengan (pengoperasiaan) lebih kurang sama iaitu lebih kurang 1,000 kepada 1,200 silinder sejam.

Jadi sekiranya terdapat masalah di pusat, kita boleh ambil bekalan di Bintulu,” katanya pada sidang media selepas melaksanakan lawatan kerja di IOT Senari, semalam.

Mengulas lanjut, Julaihi memaklumkan, IOT Senari menjadi pembekal LPG bersubsidi dari Kuching hingga ke dua pertiga Sibu manakala Terminal LPG Bintulu menjadi pembekal kawasan meliputi satu pertiga Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Kuala Baram dan Ulu Baram.

Beliau turut menegaskan, pemprosesan kapasiti LPG adalah mengikut prosedur sebenar serta mengutamakan isu keselamatan di samping mematuhi pengisian 14 kilogram bagi sebiji tong gas.

Tambahnya, pihak berkaitan turut menubuhkan pasukan khas untuk memantau mana-mana individu atau sindiket luar yang menaikkan harga LPG gas bersubsidi daripada harga asalnya iaitu RM26.60 serta memantau isu-isu berkaitan.

Beliau percaya PETROSNiaga yang dilantik menjadi pengedar tunggal gas silinder LPG bersubsidi di Sarawak bermula semalam (1 Disember) ini tidak akan menimbulkan isu monopoli.

Sebaliknya, beliau percaya inisiatif tersebut adalah langkah bernas kerajaan dalam mengembalikan semula hak rakyat kepada rakyat melalui subsidi barang keperluan secara berterusan.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan