ARTIKEL

caption TIADA STOK… Bekalan gula bersubsidi peket satu kilogram (kg) kehabisan stok di beberapa pasar raya di sini.

Bekalan gula belum pulih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Bekalan gula bersubsidi untuk peket satu kilogram (kg) di Sarawak belum pulih sejak beberapa minggu lepas apabila beberapa kedai runcit termasuk pasar raya masih kehabisan stok barang keperluan itu.

Tinjauan di beberapa pasar raya sini mendapati, bekalan gula bersubsidi itu berkurangan sehingga peniaga terpaksa mengehadkan pembelian sebanyak dua peket setiap pelanggan malah, ada pasar raya kehabisan bekalan beberapa hari lepas.

Pekerja salah sebuah kedai runcit di sini yang ditemui semalam mendakwa, mereka tidak menerima bekalan gula lebih dua minggu lepas.

“Sekitar lebih dua minggu masalah kekurangan bekalan gula berlaku namun, pembeli mempunyai pilihan mendapatkan gula premium berharga RM4.79 sekilogram dan gula jenama CSR Better White Clear Sugar berharga RM3.99 untuk 800 gram.

“Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ramai merungut, terutama pengusaha kuih muih berikutan gagal memperoleh bekalan gula dalam kuantiti besar,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

Hutan jadi sumber ekonomi utama

KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak mengambil satu lagi langkah penting ke arah memperkukuh inisiatif karbon hutan di Sarawak dengan menandatangani Surat Persefahaman (LOU) dengan Universiti Sains

Gali ilmu dengan banyak membaca

KUCHING: Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara Sih Hua Tung menggesa masyarakat untuk lebih peka terhadap kepentingan membaca khususnya pada zaman teknologi masa ini. Menurutnya, menggalakkan

Mohon dana ikut keperluan

KUCHING: Rumah ibadat yang memerlukan dana daripada Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) diseru untuk membuat permohonan berdasarkan keperluan atau kos sebenar. Timbalan Premier Datuk

BERITA TERBARU