ARTIKEL

Bekalan haram untuk Gawai dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cubaan menyeludup 250 karton atau 2500 kotak rokok dan 510 kotak bir, dipercayai untuk bekalan Hari Gawai gagal apabila semua barangan itu dirampas dalam Op Libas yang dijalankan ke atas sebuah premis di Jalan Lubang Angin Lama, Bau.

Operasi melibatkan lima pegawai dan anggota dari Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 2.30 petang semalam atas risikan dan maklumat yang diperolehi.

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 11 PGA Kuching Superintendan Rosdi Inai, rampasan bernilai RM136,000 itu dipercayai diseludup dari Indonesia melalui jalan darat untuk pasaran di sekitar Kuching.

“Semua rokok dan arak yang dirampas disembunyikan dalam premis berkenaan.

“Tangkapan adalah hasil maklumat awam, sekali gus menggagalkan cubaan sindiket penyeludupan rokok dan arak di sini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PGA Sarawak di sini, hari ini.

Rosdi menambah pemeriksaan juga mendapati penjaga premis berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah bagi pemilikan barangan terbabit.

Katanya dua lelaki tempatan berusia 26 dan 65 tahun turut ditahan, yang dipercayai pemilik premis dan barangan.

Beliau berkata kes diserah kepada Jabatan Kastam untuk disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Sabit kesalahan boleh didenda minimum 10 kali nilai barang dan maksimum 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun.

Rosdi turut menasihatkan masyarakat setempat supaya sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam mengekang kegiatan-kegiatan haram di negeri ini.

Rosdi (tengah) bersama pegawai kanan PGA Sarawak menunjukkan rokok dan bir yang dirampas dalam Op Libas yang dijalankan ke atas sebuah premis di Jalan Lubang Angin Lama, Bau semalam.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di