ARTIKEL

Bekalan makanan untuk Aidilfitri mencukupi – Salihin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bahagian Bintulu memberi jaminan bekalan barangan keperluan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini mencukupi serta terkawal.

Ketua Cawangannya Salihin Den berkata, pihaknya akan memastikan bekalan makanan utama seperti daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan telur cukup bagi tempoh bermula 22 Mei hingga 19 Jun depan.

Beliau berkata peniaga perlu mematuhi peraturan ditetapkan mulai tempoh kuatkuasa skim kawalan harga itu untuk 15 hari sebelum, sehari semasa musim perayaan dan 14 hari selepas perayaan.

Katanya, peniaga diingatkan tidak menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditetapkan, perlu meletakkan tanda harga merah jambu, memastikan bekalan barangan mencukupi di pasaran dan mengguna alat timbang dan sukat yang telah diluluskan.

Gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, untuk individu kesalahan pertama boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Kesalahan kedua atau berikutnya denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” ujarnya kepada media selepas majlis ringkas pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2019 di Pasaraya Tai Kiong, di sini.

Simbolik pelancaran disempurnakan Penolong Pegawai Daerah Bintulu Suzanna Indiat.

Setakat ini katanya, hasil pemantauan mendapati harga barangan berada di bawah harga terkawal dan bekalan mencukupi untuk keperluan perayaan antaranya barangan keperluan membabit gula, tepung, minyak masak dan lain-lainnya.

Pada tahun ini, sebanyak lima jenis barangan keperluan harian akan ditambah ke dalam senarai skim kawalan harga sempena musim perayaan kali ini.

Penambahan itu bertujuan membolehkan pengguna memperoleh barangan terbabit pada harga berpatutan.

 

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU