ARTIKEL

Bekalan telur ayam di Bintulu stabil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Datuk Alexander mengadakan walk-about di Pasaraya Mini Farley Bintulu.

BINTULU: Bekalan telur ayam di Bahagian Bintulu kini kembali stabil selepas berdepan kekurangan stok berikutan permintaan tinggi semasa perayaan Gawai Dayak dan Aidilfitri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, isu tersebut bukan masalah besar kerana ia hanya berlaku sehari atau dua hari sahaja.

“Namun, situasi tersebut kembali stabil apabila pihak penternak mengisi semula bekalan setiap dua hari,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, jumlah penggunaan telur di Sarawak adalah sebanyak 2.2 juta biji sehari manakala jumlah pengeluarannya pula adalah sebanyak 2.5 juta sehari.

Dalam pada itu, beliau berbangga dengan pihak pengurusan Pasaraya Mini Farley Bintulu yang menjual ayam dan telur ayam pada kadar harga yang lebih murah berbanding harga siling.

Datuk Alexander mengadakan walk-about di Pasaraya Mini Farley Bintulu.

Malah, katanya, harga jualan bagi kepak ayam juga dijual di bawah harga siling.

Justeru, katanya, tiada timbul isu kekurangan bekalan ayam maupun telur ayam di bahagian Bintulu.

Terdahulu, Alexander dan rombongan yang disertai Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Sarawak, Peter J Berinus Agang dan pengurus Pasaraya Farley Bintulu mengadakan lawatan di pasar raya terbabit bagi meninjau harga siling lapan barangan sempena SHMMP Hari Gawai 2022.

Datuk Alexander mengadakan walk-about di Pasaraya Mini Farley Bintulu.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU