Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata perkembangan positif itu merupakan hasil usaha kementeriannya dalam memastikan bekalan telur dan ayam di pasaran sentiasa mencukupi, bagi menampung keperluan pengguna.
“Sudah pulih isu bekalan telur dan ayam, bahkan ada tempat harga ayam sudah mula turun. Jadi usaha gigih termasuk dialog dengan persatuan penternak membuahkan berhasil,” katanya.