ARTIKEL

Bekas ADUN Katibas, Ambrose Blikau Enturan meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mantan ADUN Katibas, Datuk Seri Ambrose Blikau Enturan meninggal dunia pada usia 70 tahun, hari ini.

Mendiang yang pernah menjadi wakil rakyat untuk kawasan Katibas selama hampir 40 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.05 pagi tadi di Pusat Pakar Perubatan Normah Kuching akibat Jangkitan paru-paru.

Menurut maklumat yang dikongsi ahli keluarganya, upacara sembahyang mendiang akan berlangsung pada pukul 8 malam ini.

“Acara penghormatan terakhir akan diadakan pada pukul 8 malam esok di Lot 608, Jalan Kedandi, Lorong 8, Tabuan Dusun, di sini.

“Sementara itu, upacara pengebumian akan diadakan di Gereja St Joseph Cathedral Kuching pada Isnin, 11 September,” katanya.

Mendiang yang dilahirkan pada 20 Julai 1953 meninggalkan isteri, Datin Sri Marie Therese Mathias, dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan lapan cucu.

Untuk rekod, mendiang bersara daripada politik pada 2021 selepas berkhidmat sebagai ADUN Katibas selama hampir 40 tahun.

Beliau pertama kali memenangi kerusi itu pada 1979, pada usia 26 tahun apabila kerusi itu diwujudkan daripada DUN Song.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Muda Perancangan Sumber dan Menteri Muda Kewangan dari 2001 hingga 2006.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Kemudahan Awam dari 2006 dan 2009

BERITA LAIN

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Skuad bola sepak B-19 belasah Singapura 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan meneruskan rentak cemerlang dengan membelasah Singapura 5-0 pada aksi kedua Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.