ARTIKEL

Bernama

Bekas ahli parlimen jasin meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MELAKA: Bekas Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof meninggal dunia pukul 8.10 malam tadi, ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka. 

Allahyarham yang merupakan Ahli Parlimen bagi penggal 2004 hingga hingga 2008 itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 70 tahun.

Allahyarham yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin pernah dilantik sebagai Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) atau kini dikenali sebagai Institut Tun Perak (ITP).

Anak kedua Allahyarham, Nur Adawiah berkata jenazah bapanya akan diuruskan di kediamannya di Padang Temu, di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Temu pada 11 pagi ini.

“Allahyarham mengalami beberapa penyakit seperti jantung dan kencing manis dan terlantar sakit sejak Disember lalu dan sering keluar masuk hospital. 

“Sejak beberapa hari lalu, kesihatannya agak merosot dan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas keadaannya semakin lemah tengah hari semalam sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor pakar kira-kira 8.10 malam,” katanya ketika dihubungi media. 

Baca lain  Kos haji dijangka meningkat susulan kadar inflasi, peraturan Arab Saudi

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Rozana Samsudin, 66, tiga orang anak dan enam cucu. 

Sementara itu Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerusi laman Facebook rasminya mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU