Bekas Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai meninggal dunia

MIRI: Bekas Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang, 70, telah meninggal dunia sekitar jam 5.32 pagi tadi di ibu negara.

Sumber keluarga menyatakan bahawa Allahyarham meninggal dunia di Institut jantung Negara Kuala Lumpur.

Menurut sumber itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Miri hari ini.

Menurut sumber, jenazah Allahyarham akan diuruskan di masjid Kampung Luak petang ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Baluboh Miri.

“Maklumat lanjut akan dimaklumkan sebentar lagi,” kata sumber itu.

Ahad Lai dilahirkan pada 26 November 1949.

Allahyarham  daripada PBB bertanding dalam pilihan raya umum 2008 dan mengalahkan Michael Teo Yu Keng daripada PKR apabila memperoleh 8,238 undi (64 peratus).

Dalam PRU 2013 pula Ahmad Lai mengukuhkan prestasinya apabila meraih 65 peratus undi.

Pada PRU lalu Allahyarham tidak bertanding dan memberi laluan kepada Lukanisman Awang Sauni yang berjaya mengalahkan calon PKR Jemat Panjang dan calon PAS, Zulaihi Bakar.

Allahyarham dikenali sebagai pemimpin politik yang dekat dengan rakyat dan banyak membantu penduduk di kawasannya.

Anak Allahyarham, Nazri Ahmad Lai, bagi pihak keluarga merakamkan ucapan terimas kasih atas sokongan dan doa semua.

 

Suara Sarawak