ARTIKEL

BERCAKAP… Adnan bercakap pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama CUEPACS dan Staf UNIMAS di Arena Gemilang, Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR), UNIMAS, di sini, hari ini.

Bekas ahli politik disaran pilih hanya satu pencen tertinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Pemberian satu pencen tertinggi kepada bekas ahli politik yang pernah memegang lebih daripada satu jawatan sepanjang berkhidmat dilihat lebih munasabah.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Dr. Adnan Mat berkata, perkara ini wajar susulan terdapat tanggapan yang mengatakan ahli politik menerima pencen dalam jumlah yang besar.

Katanya, apa yang perlu difahami adalah ahli politik sering bertukar-tukar setiap lima tahun dan mungkin perkhidmatan mereka ini juga dalam tempoh yang singkat.

“Mereka ini ramai, mungkin ada yang menerima pencen atas nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen, jawatan eksekutif seperti EXCO, menteri, timbalan menteri dan sebagainya.

“Maka pendekatan yang lebih baik atau munasabah adalah bekas ahli politik menerima satu pencen tertinggi mengikut mana-mana pencen yang mereka dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama CUEPACS dan Staf UNIMAS di Arena Gemilang, Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR), UNIMAS, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa bekas ahli politik yang mempunyai lebih daripada satu pencen boleh menolak dan memilih untuk mendapatkan hanya satu pencen.

Bagaimanapun jelasnya, pilihan itu terserah kepada individu terbabit, jika mereka mempunyai tanggungjawab moral berbuat demikian memandangkan terdapat bekas menteri, menteri besar dan pegawai kerajaan yang menerima tiga hingga empat pencen.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU