ARTIKEL

Dr Sim bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Makanan Amal 2024 di Dewan Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) di Jalan Stampin di sini, hari ini.

Bekas ahli PSB dialu-alukan sertai SUPP, bebas sertai mana-mana parti politik – Dr Sim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengalu-alukan penyertaan bekas ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) ekoran pengumuman tentang pembubaran parti pembangkang tesebut.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Presiden SUPP, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berkata perkara itu penting untuk memperkukuhkan lagi sokongan terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, dengan pembubaran PSB, ia juga bermakna bekas ahlinya bebas menyertai mana-mana parti lain mengikut pilihan mereka, termasuk komponen parti GPS.

“Sudah tentu SUPP mengalu-alukan bekas ahli PSB untuk menyertai parti kami kerana ramai daripada mereka sebelum ini juga daripada SUPP dan kami pernah menjadi rakan seperjuangan.

“Bagaimanapun, saya percaya ada juga yang akan memilih untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan mungkin Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka bebas memilih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Makanan Amal 2024 di Dewan Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) di Jalan Stampin di sini, hari ini.

Tambahnya, keputusan tentang pembubaran PSB dengan ahlinya yang kini menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) juga dilihat sebagai peristiwa menarik dalam senario politik, khususnya di negeri ini.

Untuk rekod, pembubaran PSB diumumkan pada Majlis Mengalu-alukan Ahli PSB Menyertai PDP semalam (6 April) di Sibu.

Ia menyaksikan Presiden PSB, Datuk Seri Wong Koh, dilantik sebagai Naib Presiden Kanan PDP manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa, dan ADUN Ba’kelalan, Baru Bian, dilantik sebagai Naib Presiden PDP.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.