BETONG: Seorang lagi bekas anggota Sarawak Rangers, Ujang Ijau meninggal dunia dipercayai akibat penyakit buah pinggang.
Menurut anak keempat mendiang, Gulang Ujang, ayahnya meninggal dunia di kediaman mereka dekat Rumah Panjang Radin Wilson, Penebak Ulu Layar, kira-kira jam 7.45 petang kelmarin.

Ujang yang mempunyai tujuh anak akan genap berusia 96 tahun pada 25 Ogos depan.
Selepas tamat perkhidmatan sebagai anggota Sarawak Rangers, mendiang tinggal di kampung dengan bekerja sebagai petani.

Jasad bujang berani dari Ulu Layar itu akan dikebumikan pada pagi Khamis di Tanah Perkuburan Masyarakat Kristian Penebak, Ulu Layar.