ARTIKEL

Bekas guru besar rogol remaja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELBOURNE: Seorang bekas guru besar didapati bersalah kerana melakukan serangan seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di sebuah sekolah Yahudi ultraortodoks di Australia.

Dia didapati bersalah pada Isnin, 15 tahun selepas dia melarikan diri diri ke Israel.

Menurut pihak juri, Malka Leifer bersalah atas 18 pertuduhan, termasuk kesalahan rogol dan serangan seksual terhadap pelajar remaja semasa kem sekolah.

Dia dibebaskan daripada sembilan pertuduhan lagi.

Leifer adalah pengetua Sekolah Adass Israel di Melbourne apabila dia kali pertama dituduh melakukan serangan seksual terhadap muridnya pada 2008.

Dengan dua kerakyatan IsraelAustralia, Leifer melarikan diri ke Israel sebelum dia boleh ditangkap, mencetuskan perbicaraan mahkamah yang berlarutan yang merangkumi lebih 70 perbicaraan ekstradisi.

Ibu kepada lapan anak itu akhirnya dibawa kembali ke Australia pada 2021 dan dibicarakan pada Februari tahun ini.

Semasa perbicaraan, pendakwa raya mendakwa Leifer melakukan serangan seksual terhadap tiga kanak-kanak perempuan yang belajar di Sekolah Adass Israel, yang merupakan sebahagian daripada mazhab Yahudi yang tertutup di pinggir bandar.

Selepas perbicaraan selama tujuh minggu, pihak juri akhirnya mendapati Leifer bersalah melakukan serangan seksual terhadap dua pelajar berkenaan.

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU

Saingan satu lawan satu di PRK Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Seberang Perai, Pulau Pinang: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan