ARTIKEL

Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin, menyampaikan bantuan Tabung Kasih@HAWANA kepada bekas jurufoto akhbar The Star, Asri Abdul Ghani, 55, yang kini menghidap penyakit Parkinson, di kediamannya hari ini.

Bekas jurufoto hidap penyakit Parkinson terharu terima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUNGAI PETANI, Kedah: Bekas jurufoto akhbar The Star, Asri Abdul Ghani, 55, yang menghidap penyakit Parkinson melahirkan rasa terharu apabila menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA hari ini.

Asri berkata beliau tidak menyangka apabila turut tersenarai sebagai penerima sumbangan itu yang sebelum ini hanya mendengar tentang bantuan berkenaan menerusi media.

“Saya memang tidak sangka apabila dihubungi pihak BERNAMA (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) yang memberitahu bahawa HAWANA ingin menyampaikan sumbangan. Saya sangat terharu dan berterima kasih atas sumbangan ini.

“Semoga Tabung Kasih@HAWANA akan terus membantu lebih ramai pengamal media, khususnya yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Laguna Merbok di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin, dan Ketua Pengarang BERNAMA, Arul Rajoo Durar Raj, mengunjungi Asri di kediamannya bagi menyampaikan sumbangan itu.

Menceritakan tentang keadaan kesihatannya, Asri yang bertugas sebagai jurufoto The Star antara 1999 hingga 2018, dikesan menghidap penyakit Parkinson sebaik sahaja menamatkan perkhidmatan dengan akhbar itu pada 2019.

Bapa kepada dua anak itu berkata sejak menghidap penyakit tersebut, pergerakan dan kawalan anggota tubuhnya sukar dan terganggu, serta perlu mengambil ubat khas untuk membantunya menjalankan kehidupan seharian.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana masih mampu menguruskan dirinya sendiri, selain turut dibantu oleh isteri, Asmidar Awang, 53, yang merupakan guru di sebuah sekolah di sini.

Dalam pada itu, Asri turut menasihatkan pengamal media agar sentiasa peka dengan tahap kesihatan masing-masing, menjaga pemakanan dan memiliki pelan insurans kesihatan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kerja media memerlukan kita selalu berkejar ke sana sini, perlu pantas sehingga makan pun tak menentu dan tak sempat nak jaga kesihatan, jadi cuba bagi masa pada diri sendiri agar kesihatan tidak terganggu,” katanya.

Asri adalah antara 110 rakan media yang menerima manfaat daripada Tabung Kasih @HAWANA yang merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi yang dilaksanakan menerusi oleh BERNAMA, sejak ia diperkenalkan pada April tahun lepas.

Selain wang tunai, mereka turut menerima sumbangan barangan daripada Syarikat Pakaian Hari-Hari dan pasar raya Aeon Big.

Tabung Kasih@HAWANA, yang diwujudkan bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 bertujuan menyantuni wartawan dan petugas media, sama ada yang masih dalam perkhidmatan mahupun telah bersara, yang keuzuran atau memerlukan bantuan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi