ARTIKEL

Suhana (kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas dijatuhkan hukuman, hari ini.

Bekas ketua wanita parti politik tempatan lakukan penipuan dihukum penjara empat tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang bekas ketua wanita parti politik tempatan di negeri ini dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan membabitkan 40 pertuduhan menipu.

Tertuduh dikenali sebagai Suhana Abdullah, 39, mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan itu di depan Majistret Oon Kork Chern yang membabitkan kerugian berjumlah RM1.011 juta.

Terdahulu Oon mengenakan hukuman setahun penjara bagi setiap pertuduhan dengan memerintahkan tiga daripada hukuman itu dijalankan berturut-turut, manakala hukuman penjara selebihnya (membabitkan 37 pertuduhan lagi) akan dijalankan serentak.

Oleh itu, tertuduh akan menjalankan hukuman penjara selama empat tahun.

Suhana didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun berserta dengan sebatan dan juga boleh dikenakan denda.

Mengikut pertuduhannya, tertuduh didakwa menipu seramai 37 orang mangsa berhubung penawaran rumah kos rendah yang tidak wujud antara 2019 dan 2022 di tempat berbeza.

Selepas mangsa-mangsa berkenaan membuat pembayaran deposit kepada tertuduh, mereka diberikan resit, malah ada di antara mangsa yang telah diberikan dokumen perjanjian untuk meyakinkan mereka mengenai tawaran tersebut.

Susulan daripada itu, ketika mangsa cuba bertanyakan tentang perkembangan rumah yang ditawarkan, tertuduh memberikan pelbagai alasan.

Mangsa akhirnya menyedari mereka telah ditipu selepas mengetahui projek perumahan yang disebut tertuduh masih belum dibangunkan.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Amirul Hakim Mohamad Zamri, sementara tertuduh diwakili Reena Chong.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat