ARTIKEL

Bekas pemain kebangsaan meninggal dunia diserang strok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bekas pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah atau nama asalnya Khor Sek Leng meninggal dunia hari ini.

Bekas pemain Kedah era 70-an itu pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978 dengan menganggotai skuad ke Piala Raja Thai, Pra Olimpik, Pestabola Merdeka, Piala Asia 1976 di Tehran dan Sukan Asia 1978 di Bangkok.

Allahyarham juga telah berjaya membawa Kedah muncul juara double treble pada 2007 dan 2008, selain turut membimbing beberapa pasukan tempatan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak serta menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010.

Anak Allahyarham, Firdaus Zainuddin, di laman Facebook beliau, mengesahkan pemergian bapanya.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mengucapkan takziah dan mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat strok.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan