ARTIKEL

Bekas pengarah syarikat didakwa palsu dokumen untuk Perkeso

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat membaiki barang elektrik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berhubung permohonan program subsidi upah berjumlah lebih RM80,000, empat tahun lepas.


Muhammad Asyraf Rizal, 26, didakwa menggunakan borang permohonan program subsidi upah atas nama Syarikat Maar Engineering Services bertarikh 16 Jun 2020 berjumlah RM88,200 yang mana tertuduh tahu bahawa dokumen tersebut adalah palsu.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bahagian Insurans Pekerjaan, Perkeso, Putrajaya pada 16 Jun 2020 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rais Adha Ramli menawarkan jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu hadir di Pejabat SPRM di Johor Bahru sebulan sekali sehingga kes selesai.


Peguam Siti Nabila Hamzah yang mewakili Muhammad Asyraf memohon jaminan itu dikurangkan atas alasan tertuduh yang kini bekerja di Singapura sebagai juruteknik merupakan penanggung tunggal keluarga dan membiayai kos perubatan datuk dan neneknya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat. 


Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kes.


– Bernama

BERITA LAIN

Mahkamah Persekutuan tolak rayuan bekas pemandu Grab

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang bekas pemandu Grab untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Kementerian Sumber Manusia untuk menolak pendengaran

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.