ARTIKEL

Foto fail: REUTERS

Bekas penyerang pasukan bola sepak Itali, Roberto Baggio, cedera dirompak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

VICENZA: Legenda Itali, Roberto Baggio cedera selepas diserang penjenayah dalam insiden rompakan di rumahnya di kawasan luar bandar berhampiran Vicenza pada Khamis.

Ketika kejadian, pemenang Ballon d’Or 1993 itu sedang menonton perlawanan Euro 2024 antara Itali dan Sepanyol bersama keluarganya, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).

Seorang daripada lima individu bersenjata dilaporkan memukul Baggio di kepala dengan senjata api selepas dia cuba menghalang rompakan itu.

Penjenayah kemudian mengunci bekas penyerang Itali itu dan keluarganya dalam sebuah bilik sebelum meneruskan rompakan.

Pemain berusia 57 tahun itu berjaya memecahkan pintu apabila kumpulan perompak meninggalkan rumahnya dan menghubungi polis Carabinieri.

BERNAMA-ANSA

BERITA LAIN

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU