ARTIKEL

Bekas prebet tentera dipenjara enam tahun, tiga sebatan kerana merompak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang bekas prebet tentera dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan merompak wang berjumlah RM600 milik seorang gadis di hadapan sebuah kedai farmasi menggunakan sebilah pisau lipat, Mac lalu.

Hakim Afidah Abdul Rahman menjatuhkan hukuman terhadap pesalah muda berusia 20 tahun dari Melaka itu selepas menukar pengakuan bersalah semasa perbicaraan kes hari ini.

Afidah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap 4 April lalu selain membenarkan tertuduh menjalani hukuman penjara di Melaka.

Samun tentera.. tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 2 oleh anggota polis menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak wang berjumlah RM600 milik seorang wanita berusia 22 tahun dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah kedai farmasi, Batu 7, di sini, kira-kira jam 4.30 petang, 6 Mac lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun yang sama, sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Polis Miri giat buru suspek kes pecah rumah

MIRI: Pihak polis kini sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes pecah rumah yang berlaku di kawasan Lot 13 Kuarters Kerajaan, Rumah Kenyalang, Jalan

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta