Trending

Bekas RATU CANTIK mahu miliki kedai bakeri sendiri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KECANTIKAN dan kepakaran yang dimiliki menjadi sumber inspirasi Julie Minele untuk bergelar usahawan.

Gadis berusia 21 tahun ini, menganggap kerjaya sebagai usahawan bakeri menjadi salah satu matlamat pada masa depan.

Julie bekas Miss Grand Sarawak dan pemegang ijazah dalam Recourse Chemistry di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) memiliki pemikiran kreatif dan ingin mencuba pelbagai bidang salah satu faktor memahami dirinya sendiri – dari situ lahir Abditory bakeri.

“Ia bermula dari menonton resipi yang ada di Youtube.

Sejujurnya saya amat gemar memasak dan membuat bakeri dan ini salah satu hobi pada masa lapang,” kata Julie.

Setelah menyiapkan tempahan kecilkecilan dari rakan terdekat, ia mendorong beliau memberi banyak perhatian kepada perniagaan.

“Saya tidak pernah terbayang makanan yang dibuat akan mendapat perhatian pelanggan, justeru ia membuka mata saya untuk serius dan menjadikan ia pendapatan sampingan,” katanya.

Menurutnya, dia mempunyai rakan kongsi membangunkan impian bergelar usahawan merealisasikan cita-cita.

“Sejujurnya melakukan perniagaan ini seorang diri amat sukar, oleh itu saya dan rakan Stefanie Dora bekerjasama dalam perniagaan ini. “Dia banyak membantu perniagaan ini dan saya juga percaya sekiranya kami dapat bersama-sama membangunkan impian ini untuk menjadikannya kenyataan,” ujarnya.

Sementara itu, di sebalik nama Abditory terselit maksud “cantik” dan ia padan dengan tema yang dipamerkan kepada pelanggan.

“Abditory bermaksud tempat persembunyian yang digunakan untuk penyediaan makanan yang lazat kepada para pelanggan,” jelasnya.

Untuk perancangan masa depan, Julie berhasrat memiliki kedai bakerinya sendiri yang membawa konsep minimalis dan moden di Kuching.

“Dengan perancangan ini, ia membolehkan saya merealisasikan impian yang sudah berkembang selama ini,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru