ARTIKEL

Mohd Nazri Abdul Wazir bersama ibu dan ahli keluarganya.

Bekas tukang cuci menang RM1 juta Cabutan Jutawan BSN SSP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IPOH, Perak: Seorang bekas tukang cuci merancang untuk mengerjakan umrah dan haji selepas memenangi Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) ke-96.

Mohd Nazri Abdul Wazir, 61, dari Parit di sini berkata, pada mulanya beliau tidak percaya apabila menerima panggilan daripada pihak BSN pada 5 Februari lepas yang memaklumkannya sebagai pemenang cabutan bertuah berkenaan dengan hadiah RM1 juta.

Anak ketiga daripada tujuh beradik dan masih bujang itu mula menyimpan dalam BSN sejak 2003 untuk menabung bagi tujuan kecemasan.

“Selain merancang untuk mengerjakan haji dan umrah bersama ibu saya yang berusia 84 tahun, saya juga akan menggunakan wang ini untuk perbelanjaan harian.

“Pada mulanya saya hanya mencuba nasib kerana cabutan bertuah yang dimenangi ini merupakan sijil yang saya beli pada tahun lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima replika cek hadiah tersebut pada majlis yang turut dihadiri Pengarah BSN Perak, Mazlan Mat Jalil, di sini hari ini.

Mohd Nazri berkata beliau memilih membuat simpanan dalam BSN SSP kerana berminat dengan hadiah lumayan yang ditawarkan dan juga tawaran dividen tinggi kepada penyimpan.

Sementara itu, pemenang cabutan ulang tahun BSN ke-50, Mohd Nasir Abdullah, 57, dari Kampung Gajah berkata beliau tidak menyangka sama sekali akan terpilih menerima hadiah cabutan bertuah bernilai RM50,000.

“Saya mula menyimpan dalam BSN sejak bujang lagi tetapi menyertai cabutan ini pada Jun tahun lalu. Wang yang saya menangi ini akan dimanfaatkan untuk tiga anak yang masih belajar,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Muhammad Azeem, rakan ungguli 4X100 meter di Florida

KUALA LUMPUR: Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, terus menampilkan larian bertenaga untuk membantu kuartet 4×100 meter (m) lelaki Universiti Auburn meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga

Teknologi AI perkasa PKS untuk tingkatkan kecekapan

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu memperoleh kelebihan daya saing mereka dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI), yang merangkumi AI dokumen, AI umum, AI generatif, model

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman