ARTIKEL

Bekerjasama pupuk ekosistem pemula niaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Komuniti keusahawanan mesti bersama-sama berganding bahu memupuk ekosistem pemula niaga yang berkembang maju di Malaysia, serta mengenal pasti jurang dan mencari penyelesaian kolaboratif dalam memacu negara ke hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata kerjasama dalam komuniti mewujudkan masyarakat yang inovatif dan kreatif dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat dan memacu pertumbuhan negara.

“Secara global, industri pemula niaga mempelopori beberapa teknologi paling inovatif, mewujudkan lebih banyak pekerjaan berbanding perniagaan tradisional.

Tatkala kita mengemudi era Revolusi Perindustrian Keempat, nilai dan faedah industri pemula niaga tidak dapat dinafikan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Shell LiveWIRE Malaysia 2022, di sini.

Majlis itu menyaksikan lima syarikat pemula niaga dinamakan sebagai pemenang kebangsaan iaitu Satok Bridge Area Consulting Engineers Sdn Bhd, BeeBag, manekNya, Qarbotech dan Hong Xin Food Sdn Bhd.

Masing-masing menerima dana permulaan sebanyak RM30,000, selain peluang untuk berhubung dengan ekosistem LiveWIRE global serta berkongsi pengetahuan mereka dengan usahawan di seluruh dunia, sambil berpeluang bersaing dalam anugerah tahunan 10 Inovator Teratas Global Shell.

Satok Bridge Area Consulting Engineers, satu-satunya pemenang dari Sarawak menerima hadiah wang tunai tambahan RM20,000 daripada Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) sebagai motivasi untuk menyemarakkan lebih banyak penyertaan dari negeri ini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak yang juga Pengerusi TEGAS, Datuk Len Talif Salleh dan Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman turut hadir pada majlis itu. – Bernama

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU