ARTIKEL

Rickie Andrewson (tengah) pada sidang media Majlis Pelancaran Video Klip Lagu 'Bekikis Bulu Betis' di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

‘Bekikis Bulu Betis’ dendangan Rickie Andrewson dalam klip video terbaharu dibenarkan penyanyi asal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penjenamaan semula video klip lagu Iban popular ‘Bekikis Bulu Betis’ yang dinyanyikan oleh Rickie Andrewson sudah menerima kebenaran daripada penyanyi asal, Andrewson Ngalai Asom.

Rickie, yang merupakan anak penyanyi asal lagu itu, memberitahu bahawa perancangan membuat video klip itu telah dibawa oleh BMAS Holdings Sdn Bhd kepada bapanya.

“Kita telah berbincang sebelum ini mengenai projek penjenamaan semula video klip lagu itu.

“Ayah saya tiada masalah dengan projek ini dan beliau memberikan lampu hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Video Klip Lagu ‘Bekikis Bulu Betis’ di Pusat Beli-Belah Aeroville di sini, hari ini.

Ujarnya, isu timbul apabila orang lain menggunakan lagu tersebut tanpa kebenaran.

“Tanpa diduga, isu ini terjadi sebelum pelancaran video klip kita,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif BMAS, Andenson Dato berkata, beliau tidak menyangka perkara itu menjadi isu.

Jelasnya, syarikatnya membuat rakaman penjenamaan video klip baharu hanya untuk memberi nafas baharu kepada video yang sudah lama dikeluarkan, iaitu 24 tahun yang lalu.

“Kita akan berbincang dengan Andrewson mengenai perkara tersebut sebelum memuat naik ke dalam platform media sosial,” katanya.

Sebelum ini, Andrewson Ngalai membuat laporan polis mengenai sebuah syarikat rakaman lagu yang tidak meminta kebenarannya untuk membuat rakaman video bagi lagunya itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU