BELADIN: Bergelar perkampungan nelayan terbesar di negeri ini, Kampung Beladin cukup sinonim dengan kapal pukat tunda pelbagai saiz dan bentuk.
Bermula dengan bot bersaiz kecil untuk aktiviti di sungai, sehinggalah yang bersaiz besar untuk menangkap ikan di laut dalam.
Menjenguk di sepanjang tebingan sungai kampung itu, banyak kapal pukat tunda yang berlabuh. Percaya atau tidak, kos bagi membina sebuah kapal pukat tunda khususnya bagi tujuan aktiviti di laut dalam boleh mencecah RM1 juta.
Namun, pernahkah kita terfikir siapakah jurutera yang membina kapal-kapal tersebut? Di Beladin, ramai yang mempunyai kepakaran membina kapal pukat tunda dan Suara Sarawak sempat menemui salah seorang daripadanya iaitu Mohamad Polon.
Dalam kalangan masyarakat tempatan, beliau cukup dikenali sebagai Tukang Amat Kia.
Menyifatkan dirinya masih baru dalam membina kapal pukat tunda, dia antara pewaris seni pembuatan kapal kayu belian yang menyukai pembaharuan.
Katanya, membina kapal pukat tunda juga memerlukan transformasi seiring wujudnya teknologi dan peralatan moden. “Saya baru lapan ke sembilan tahun terlibat dalam seni pembuatan kapal pukat tunda termasuk bot-bot kecil.
“Alhamdulillah sehingga kini saya telah menghasilkan sembilan kapal pukat tunda yang bersaiz besar… jika bot nelayan sungai, banyak dah saya buat.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 20 Apr 2021