Belajar dengan DANA UNITED KINGDOM

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ABANG Johari turut mengetuai delegasi ke United Kingdom (UK) mengunjungi International Forum of Sovereign Wealth Funds (IFSWF) dan Price Waterhouse Coopers (PWC) pada 27 Julai 2022.

Kunjungan itu bertujuan mempelajari dan mengkaji ilmu pengetahuan penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat sebelum menubuhnya di Sarawak.

Lawatan tersebut mendapatkan pandangan berkaitan strategi pelaburan, pengurusan dan tadbir urus Dana Kekayaan Berdaulat UK serta rangka kerja undang-undang dan dasar sebagai sebahagian daripada proses tanda aras.

Dana Kekayaan Berdaulat UK ini dikatakan wujud lebih 100 tahun, namun profil dananya meningkat ketara 30 tahun lalu.

Sekian lama, UK destinasi penting untuk pelaburan asing secara amnya, dan pelaburan SWF khususnya.

Ini bermakna SWF berpotensi memainkan peranan penting dalam pembinaan semula ekonomi pascapandemi UK.

UK salah satu pasaran terbesar dan paling terbuka di dunia untuk pengurusan dana.

London serta bandar lain seperti Aberdeen, Birmingham, Cardiff, Edinburgh, Glasgow, Liverpool dan Manchester merupakan pusat pengurusan dana yang penting.

London pusat penting untuk SWF sebagai pusat sebahagian dana ini diuruskan.

Selain itu, UK berperanan penting sebagai destinasi utama bagi masuknya pelaburan asing.

Kelebihan UK sebagai pusat pengurusan dana antaranya disebabkan:

• Persekitaran kawal selia yang kukuh dan responsif, adil dan tertumpu pada masa depan.

• Komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan ke atas sektor ini.

• Kelompok sektor yang menyokong pengurusan aset dan perkhidmatan profesional berkaitan.

• Kumpulan bakat mendalam yang menyokong semua aspek rantaian nilai pengurusan aset.

• Geografi yang strategik.

• Perkhidmatan sokongan yang cekap di pejabatnya di seluruh pusat serantau membantu kecekapan kos dan akses kepada pelbagai jenis kumpulan perniagaan.

• Ekosistem inovatif yang menggalakkan inovasi serta pembangunan produk dan sebagainya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Kuasa veto di PBB

KEGAGALAN Dewan Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan resolusi berkaitan Perang Israel-Palestin,

Lain-lain

Pimpinlah tanganku

BAGI anda kepimpinan itu seperti apa? Saya menganggap ia tanggungjawab

Dunia kaki buku

ADA banyak sebab pentaasub dan penggila buku membeli buku. Seorang